Monday, February 21, 2022

Khasiat Surah Al Inshirah


Hati Lapang Jiwa Tenang

Surah Al Insyirah adalah surah yang ke 94 di dalam Al Quran bererti melapangkan dada Nabi.

Ia diturunkan sesudah surah Adh Dhuhaa. 

KELEBIHANNYA:

1 - Menjadi wasilah dipermudahkan segala urusan serta dimurahkan rezeki. Amalkan membacanya sebanyak 7 kali selepas selesai solat fardhu.

2 - Apabila ada sesuatu hajat yang besar maka tunaikanlah Solat Hajat atau Solat Tahajjud di sepertiga malam lalu bacalah surah ini sebanyak 103 kali atau lebih banyak mengikut kemampuan. Insya Allah dengan izin-Nya akan dimakbulkan hajat.

3 - Jiwa yang sempit mahupun hati yang tidak tenang, jika diamalkan surah ini maka akan dilapangkan dan disayangi oleh Allah SWT.

4 - Doa untuk menghalang anak-anak bergaduh, bacalah Al Fatihah dan selawat diikuti dengan surah Al-Insyirah sebanyak 7 kali kemudian bacakan Ayat ke 200 dari surah Ali Imran yang berikut ini ..

 .."Allahumma allif baina qulubihim wa ashlih zata bainihim”

Caranya:
Dibaca lalu dihembuskan ke ubun-ubun anak anda pada ketika di waktu malam sedang mereka tidur.

5 - Jika diamalkan setiap malam sebelum tidur, insya Allah akan hilang dukacitanya dan terpelihara dari segala bencana terkejut.

Jom kita amal Surah Al Inshirah!

No comments:

Post a Comment