Saturday, January 29, 2022

Kelebihan mengamalkan Surah Al Waqiah


Surah Al-Waqiah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqiah kerana diambil dari lafaz Al-Waqiah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.

Di dalam surah Al-Waqiah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan juga penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah SWT dan adanya hari berbangkit.

 

Surah Al-Waqiah memang terkenal dengan beberapa fadhilat dan kelebihannya tersendiri dan hadis mengenainya adalah sahih.

 

Apabila kita kerap kali membaca Surah Al-Waqiah sebagai rutin siang dan malam, bukan sahaja hati akan terasa tenang malah kita tidak pernah akan merasa kesempitan wang ringgit.

 

Begitu juga dengan rezeki dalam pelbagai bentuk akan sentiasa melimpah-ruah tanpa kita semua sedari.

 

Daripada Ibnu Mas’ud r.a, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa membaca surah Al Waqi’ah setiap malam, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya.” (HR: Al- Baihaqi)

 

Walaubagaimana pun, jika seseorang itu membaca dengan niat ikhlas cuma untuk mendapat beberapa keping wang dan bukan untuk tujuan riak dan semata-mata untuk memenuhi kekayaan hati iaitu kepuasan rohani dan ukhrawi, maka insyaAllah dengan sendirinya kekayaan duniawi akan menyusul dengan berlimpah ruah.

Bagi sesiapun membaca surah Al Waqiah setiap hari dan pada waktu malam sebanyak 4o kali selama 40 hari, InsyaAllah ia akan mendapat rezeki yang berlimpah dan datang dari berbagai rezeki.

Jom kita amal Surah Al Waqiah!


Sumber: Google dan Pinterest

-----------------------------------------------------------



UKIR COVER BELAKANG DAN DEPAN DENGAN 1 HARGA

Sangat EKSLUSIF dan boleh UKIR NAMA serta UCAPAN DOA diukir pada dua belah cover Alquran A5 FAYYADH tau!  Boleh ukir nama diri-sendiri, pasangan, anak-anak mahupun insan tersayang. MashaAllah sweetnya 

Jom order sekarang sebelum hari istimewa menjelang! Confirm si penerima tersenyum sampai ke telinga

BERMINAT NAK MASUK ORDER ATAU JANA INCOME BERSAMA KAMI?

Whatsapp 0136844409 @ KLIK LINK wasap.my/60136844409/alquranukir laju-laju

 


No comments:

Post a Comment